Cari Blog Ini

Rabu, 18 Januari 2012

MalaysiaKu

malaysia sekarang bukan macam dulu (walaupun bukan hidup di zaman era awal kemerdekaan). segala topik nak dijadikan isu politik... semua nak jadi ketua dan semua nak memerintah... persaingan tu bagus, tapi janganlah sampai membatasi adat.. kadang kadang nama je pemimpin melayu, tapi melayu ke....
sekarang ni mahasiswapun nak masuk berpolitik.. habiskan la belajar dulu.. politik tu bangus, tapi kalau tiada pengalaman ataupun sekadar berpolitik di kampus baik takyah.. nak jadi pemimpin besar bukannya senang.. tanggungjawabpun jadi besar.. kita nak memimpin bukan sekadar parti... tapi rakyak juga nak diberi perhatian.. rakyat tu termasuk la ibubapa kita sendiri dan jiran-jiran..jangan lah disebabkan kita terlampau pro kepada sesuatu pemimpin sampai terlupa dengan tangungjawab sebagai anak.. ibubapa tak kisah kita nak jadi apa selagi kita ni jadi orang, tapi biarlah sampai masanya.. jangan kita kejar sesuatu tu sampai kta terlupa sendiri tangungjawab kita sebagai rakyat.. melakukan demonstrasi jalanan, provokasi kepada kerajaan dan merosakkan nama Malaysia sendiri.. jika ditakdirkan mereka ini jadi pemimpin, maaf untuk aku tidak menghormati mereka.. kenapa? kerana aku diajar daripada mereka.
aku tak lebih dari seorang yang sayangkan negaranya... mahukan keamanan dalam setiap perjalanan aku, boleh bertegur sapa dengan semua orang... itu adalah impian aku.. munkin impian aku kecil jika dibandingkan mahasiswa itu, tapi yang penting Malaysia adalah negara aku...
janganlah membunuh masa depan kita demi impian yang kita pun tak tau dapat dicapai atau tidak.. kukuhkan asas tu dulu barulah kita lebih dihormati..
bukan pandangan aku sempit dalam membahaskan dunia kepolitikan, dan bukannya besar dalam bidang pendebatan, tapi cukup aku tahu menjadi pelajar adalah untuk belajar..
untuk bercakap pemimpin itu tidak bagus, pemimpin ini tidak bagus belum selayaknya untuk kita pertikaikan.. alangkah bagusnya jika kita nak memajukan negara kita ni dengan persaingan yang lebih sihat seperti pemimpi ini boleh memimpin negara kerana dia mampu buat perkara ini, dan pemimpin itu juga boleh memimpin negara kerana dia boleh membuat perkara itu... bukanya memilih pemimpin seperti pemimpin itu tidak boleh dipilih kerana dia melakukan perkara kotor dan pemimpin ini tidak boleh memimpin disebabkan dia melakukan perkara keji..
jadilah rakyak, pelajar yang boleh dibanggakan negara kerana Malaysia hanya satu.. Malaysia adalah negara bukannya sebuah parti politik.. biarlah yang memimpin boleh mengharumkan nama negara.
janganlah jadi bodoh lantang dalam pertikaian sehingga kehormatan diletakkan di bawah....