Cari Blog Ini

Jumaat, 2 Disember 2011

senyum

gembira dan tersenyum.. terus gembira dan gembira.. lupakan segala kepedihan.. cukup untuk melihat kau tersenyum.. biar beban itu aku yang tanggung... untuk melihat kau tersenyum.. dan untuk aku, aku tahu kau gembira dan tersenyum... dan aku tahu kau layak untuk tersenyum...

aku teruskan hidup cuba untuk tersenyum, lebih baik kau tahu yang aku sedang tersenyum, walaupun berpura-pura cuba untuk senyum, biar kau tahu kau bukan apa-apa walaupun aku cuba untuk tersenyum, kerana aku hanya mahu kau tersenyum

Jumaat, 7 Oktober 2011

rewang!!!

best hidup berjiran, saling bantu membantu antara satu sama lain,  dah namapun berjiran, tapi x semestinya kena hidup berjiran jek, hidup berkawanpun kena tolong menolong... hahahah di johor rewang adalah hari yang penat sebelum majlis makan memakan, persediaan akhir di lakukan untuk menjadikan majlis akhir itu berjalan dengan lancar, cukup makannye, minumnye, saguhati untuk jemputan yang datangnya.. dan untuk semua dari segi hal... awal pagi lg da dikejutkan untuk memarut kelapa, memotong ayam, ptong nenas, masak air, air gula, rebus telur, yang perempuannya di dalam packing kerepek ke, masak untuk makan tengahari, yang mak andamnye sebuk seting tempat, hias sana sini, pendek kata tiada ruang kosong dalam ruang rumah itu sendiri. kanak-kanak kecil sebok berlari kejar mengejar bersama kumpulannya.. saudara mara sebuk berbincang ntah ape topiknya.. bagaikan hari raya apabila berkumpul di satu tempat dengan membincangkan pelbagai perkara melalui pelbagai pihak.. tapi dalam bentuk yang lebih megah..
segala kudrat dan keringat di curahkan dalam melancarkan majlis sebegitu. bukanlah untuk menjadikan majlis itu seperti artis2 terkenal, tapi untuk memberikan keselesaan kepada jemputan yang datang. kesibukkan merewang belarutan sampai ke malam, dengan memotong bawang, serai, lobak dan bermacam-macam lagi... waktu malam juga bagi sesetengah tuan rumah akan mengupah beberapa persembahan seperti alunan kompang, tarian tradisi kuda kepang, tarian lilin dan beberapa lagi... masih ada semangat muhibah dalam dunia yang kemodenan ini...
selesai majlis kadang kadang tuan rumah akan mengadakan hiburan seperti kugiran suka2.. belia2 kampung berkumpul beramai2 untuk menyaksikan kumpulan yang mengadakan persembahan.. 



munkin banyak lagi cerita di sebalik rewang ini... setiap tempat ada suasana yang berbeza2, tapi rewang tetap terbaik dalam mencantumkan semangat antara belia dan warga tua...

Isnin, 3 Oktober 2011

zaman "kita"

kembara ke zaman kecil, mengundang 1001 nostalgia. dan yang pasti itu adalah zaman kita gembira... jauh daripada masalah, jauh daripada masalah kewangan jauh juga daripada masalah yang kita hadapi sekarang.. hahaha jam 6 setengah pagi dah kene kejut ngan mak.. pegi pra-sekolah... masetu ade andak kat sekolah gak, andak darjah 6. konon ad backup la... hahaha macam2, tapi nangis gak... emak teman sampai kul 10 pastu dah x de... adoiii, mati camni... pernah skali cikgu sadiah ckap pg skolah t x yah bwak beg.. tp bleh trlupe, aku terbwak beg. smpai sekolah menangis. hahaha slamat ade andak. da die terpakse bwakkan beg aku kt dlam kelas die.. mse kecik2 ad kwan baik, akim, yas ngan adik aku sndri, opi. pg dkat pokok ciku umah yas panjat pastu men jadi2. slamat pokok ciku bnyak dahan die, lau men jadi2 kat pokok durian dah lame jadi arwah. dah penat men jadi2 pg pikat burung plak. gne getah ciku. dpat la burung kecik.. ntah dlu pngil brung repsol.. abang akim lg power, pndai pikat burung nuri, bayan.. stail gle... hahaha. pstu law sbtu ahad bngun pg.. smate-mate nk ikut abah pg pasar.. nek moto kot.. pstu tngok tv crite sinba d white lion kot.. pstu kne mrah, kasut x bsuh lg, dlu mls gle bsuh ksut (skrang pun) pnye la mlas trus pg kapur je ksut tu.. kkdang bsuh ksut ble dah kering kuning ksutnye.. bek x yah basuh.. dlu ade 1 jenis kasut jenama bata yang ade pantulan cahaya.. legend kot kasut tu.. da siap bsuh kasut pg mrayap umah akim.. ade  niat nk mandi paye.. dlu law pg paye da jhat sangat la tu. slalu d takutkan dngan crite seram la, ad bigfut la.. hahaha.. balik je trus kne marah... kkdang men smbnyi ibu... men ptang2. ingt lg slalu smbnyi kat pokok pagar.. x d sape dpat cari tu... klaw ad keje kawin lg best, bli pisau 10 sen( dlu) ptong bwang putih... pstu law da siap, men polis perompak, aktiviti wajib law kerja kawin. stail!!! tp bnyak prmainan, ttp x suke men teng2, dah la slalu klah.. kkdang nk dpat rumah pn ssah, same la ngan guli. tngok telap orang lain pnuh je ngan guli, telap aku je asik ksong. pkai je la guli bsar manepn,ttp klah gak.. d sbabkan rmai akak aku slalu d suruh bderimaginasi tinggi. nk kte men pndok2 bkan, tp law d fkrkan same je skang ni... hahaha.. bnyak lg permainan y d mainkan dlu... law nk men skang ni da mcm buang tebiat la plak... hahaha, jd amek pndekatan bercerita saje.. tu la aktiviti sebelum masuk ke darjah 1. hahaha

hati kecil semangat besar

terbaca artikel dalam akhbar mengenai makanan tidak berpolitik-semua bangsa makan apa yang di hidang- yup memang betul dan memang tidak dinafikan. lihat sajalah warung2, restoran2 terkenal, mahupun di mamak2, pelbagai hidangan disediakan. dan hidangan yang disediakan bukan lah mengikut status bangsa yang menjual dan bukanlah juga mengikut bangsa yang membeli. hidangan yang di sediakan. tidak asing lagi bagi kita mendengar ah chong meminta nasi lemak, ramlee meminta chapati dan raju meminta sup cina.. di singapura juga kaum china sedang merapatkan jurang perbezaan diantara mereka dan kaum india dengan mengadakan menu kari pada hari ahad. sebagai seorang rakyat malaysia, gembira rasanya jika kita dapat hidup dalam satu bangsa. bercerita mengenai perihal anak bersama, mengupas isu negara bersama. proses mengembling tenaga dalam menyatu padukan penduduk mudah di capai. ini bukanlah dongengan, dan bukanlah sekadar omongan, pelbagai insentif kerajaan dalam mewujudkan bangsa malaysia seperti yang di titik beratkan oleh PM kita. kejayaan ini hanya dapat dicapai menerusi pembuangan ego sesama bangsa, hidup secara kerjasama, dan yang paling penting cara kita mendifinasikan malaysia kepada anak-anak kita. cukuplah kita dengar keretakan negara thailand, libya dan mesir. bersyukurlah nikmat yang kita terima sekarang ini. bukanlah aku terlalu obses dengan kerajaan, dan bukannya aku pejuang pembangkang. aku hanyalah rakyat Malaysia yang kecil yang gembira hidup di negara ini. dan aku juga rakyat malaysia yang kecil yang akan menanamkan janji taat setia kepada negaranya. semoga kita dapat menjaganya bersama. salam

Sabtu, 1 Oktober 2011

pandangan dan tafsiranku

mencuba untuk memberikan yang terbaik dalam dunia yang penuh lakonan. dan aku sendiri adalah perlakon dalam cerita aku sendiri. dan adakah lakonan aku itu untuk tujuan yang baik ataupun yang jahat? persekitaran yang menilai diri kita. sejauh mana perlakuan aku itu dapat memberikan kepuasan dalam individu yang lain. munkin banyak omongan dalam percakapan aku, dan bukan aku seorang puitis dan kreatif dalam mengubah perjalanan hidup aku. tapi mencuba adalah penilaian terbaik dalam mendapatkan keputusan. munkin biarlah ianya gagal tetapi setelah mencuba, bukanya ianya gagal sebelum di cuba. dan sambungan kepada cerita aku adalah apa yang berlaku pada keesokkannya, bukannya dirumuskan apa yang berlaku pada hari sebelumnya. sekian ucapan permulaanku