Cari Blog Ini

Rabu, 6 Jun 2012

rafi seorang pemuda kampung taat dengan perintah keluarganya dan juga suruhan agamanya. di letakkan sebagai seorang yang budiman dan cekal dalam menempuh cabaran yang melanda. sentiasa sabar dan kuat dalam perbuatannya. dalam keadaan kampung yang aman ini menjadikan semua ahlinya akrab di antara satu sama lain, menjadikan kampung ini harmoni dengan gelak ketawa. dan kampung mereka telah di calonkan sebagai kampung contoh pada sambutan hijrah tahun ini. 

dalam keriangan mereka hidup di kawasan kampung, tanpa sedar ada anasir jahat yang sudah memasang niat untuk menjatuhkan reputasi mereka. berselindung dari ranting daun masih belum dapat menyembunyikan kejahatan mereka. mereka seolah-olah pelakon yang datang dengan wajah senyuman tetapi pistol di balik badan. kekuatan mereka sungguh ampuh kerana mereka sudah bersedia dengan pelbagai rancangan. 

kampung itu masih menjalankan aktiviti seperti biasa., masih terdengar hilai tawanya. masih terlihat senda guraunya. dan ketika rafi berjalan bersama sahabatnya terbukalah kisah yang mungkin akan tercatat dalam sejarah.. sejarah yang mungkin akan di belajar di sekolah.......

sebutir bom di campak dihadapan rafi... sepantas kilat rafi melompat ke longkang yang berdekatan dan di susuli rakannya lain. BOOOOOOMMMMM!!!! letupan yang kuat cukup untuk membunuh mereka. rafi dan rakannya selamat akibat berlindung di balik longkang.. letupan yang kuat menyentak aktiviti kampung sekaligus menctuskan kontraversi dan porak peranda. pakcik-pakcik berlari dari warung sebelum sempat membayar kopi mereka, taukey kedai pulang ke rumah tanpa menutup kedainya, ayam berkokok sebelum sampai waktunya. situasi ini jelas menunjukkan kampung mereka berada dalam keadaan bahaya.

rafi yang berlindung itu berada dalam keadaan ketakutan yang teramat. keadaan yang tidak pernah berlaku di kampung dan pastinya jauh sungguh dari pemikiran mereka. kampung mereka di serang. di serang oleh sekumpulan askar yang jauh dari negara mereka. bunyi tembakan di selanggi jeritan ketakutan cukup menyeramkan rafi dan sahabatnya.. 

Khamis, 10 Mei 2012

gembira bersama

bukan mudah untuk menjadi sesaorang melainkan menjadi diri sendiri.. dan bukan mudah untuk menjadi kambing hitam kerana semua ingin mencapai nafsu tertentu.. semua mahukan kemenangan dalam peperangan..  

tiada sesiapa mahu beralah untuk mendapatkan sesuatu kerana lumrah manusia yang tidak mahu berkongsi.. dan termasuk juga aku.. ada satu perasaan yang tidak gembira walaupun dari zahirnya aku tersenyum dan ketawa.. dan jika di berikan peluang untuk memiliki aku takkan beri orang merasa bersama, dan jika benda itu hilang aku cukup sedih dan mengharapkan benda itu kembali.. 

bila sudah di takdirkan akan menjadi begitu, itu semua ketentuan Allah... Allah merancang perjalanan kita dari mula hingga akhir dengan sempurna...sesungguhnya setiap yang berlaku ada maksud tersirat.. dan dengan kemampuan akal kita, carilah jawapannya... mungkin kita kehilangan sesaorang tapi realitinya ramai lagi menyokong di belakang kita.. 

orang biasa seperti aku tidak mampu mengubah dan mencorak kehidupan orang lain, tetapi masih tertanam niat yang aku mengharapkan senyuman dan kegembiraan dari semua orang.. dan aku percaya orang di sekeliling aku banyak mencorakkan kehidupan aku. dan aku bersyukur aku berada di kelompok orang-orang yang baik..


-telanlah kepahitan umpama madu, biar manis walaupun pahit-

Rabu, 18 Januari 2012

MalaysiaKu

malaysia sekarang bukan macam dulu (walaupun bukan hidup di zaman era awal kemerdekaan). segala topik nak dijadikan isu politik... semua nak jadi ketua dan semua nak memerintah... persaingan tu bagus, tapi janganlah sampai membatasi adat.. kadang kadang nama je pemimpin melayu, tapi melayu ke....
sekarang ni mahasiswapun nak masuk berpolitik.. habiskan la belajar dulu.. politik tu bangus, tapi kalau tiada pengalaman ataupun sekadar berpolitik di kampus baik takyah.. nak jadi pemimpin besar bukannya senang.. tanggungjawabpun jadi besar.. kita nak memimpin bukan sekadar parti... tapi rakyak juga nak diberi perhatian.. rakyat tu termasuk la ibubapa kita sendiri dan jiran-jiran..jangan lah disebabkan kita terlampau pro kepada sesuatu pemimpin sampai terlupa dengan tangungjawab sebagai anak.. ibubapa tak kisah kita nak jadi apa selagi kita ni jadi orang, tapi biarlah sampai masanya.. jangan kita kejar sesuatu tu sampai kta terlupa sendiri tangungjawab kita sebagai rakyat.. melakukan demonstrasi jalanan, provokasi kepada kerajaan dan merosakkan nama Malaysia sendiri.. jika ditakdirkan mereka ini jadi pemimpin, maaf untuk aku tidak menghormati mereka.. kenapa? kerana aku diajar daripada mereka.
aku tak lebih dari seorang yang sayangkan negaranya... mahukan keamanan dalam setiap perjalanan aku, boleh bertegur sapa dengan semua orang... itu adalah impian aku.. munkin impian aku kecil jika dibandingkan mahasiswa itu, tapi yang penting Malaysia adalah negara aku...
janganlah membunuh masa depan kita demi impian yang kita pun tak tau dapat dicapai atau tidak.. kukuhkan asas tu dulu barulah kita lebih dihormati..
bukan pandangan aku sempit dalam membahaskan dunia kepolitikan, dan bukannya besar dalam bidang pendebatan, tapi cukup aku tahu menjadi pelajar adalah untuk belajar..
untuk bercakap pemimpin itu tidak bagus, pemimpin ini tidak bagus belum selayaknya untuk kita pertikaikan.. alangkah bagusnya jika kita nak memajukan negara kita ni dengan persaingan yang lebih sihat seperti pemimpi ini boleh memimpin negara kerana dia mampu buat perkara ini, dan pemimpin itu juga boleh memimpin negara kerana dia boleh membuat perkara itu... bukanya memilih pemimpin seperti pemimpin itu tidak boleh dipilih kerana dia melakukan perkara kotor dan pemimpin ini tidak boleh memimpin disebabkan dia melakukan perkara keji..
jadilah rakyak, pelajar yang boleh dibanggakan negara kerana Malaysia hanya satu.. Malaysia adalah negara bukannya sebuah parti politik.. biarlah yang memimpin boleh mengharumkan nama negara.
janganlah jadi bodoh lantang dalam pertikaian sehingga kehormatan diletakkan di bawah....