bukan mudah untuk menjadi sesaorang melainkan menjadi diri sendiri.. dan bukan mudah untuk menjadi kambing hitam kerana semua ingin mencapai nafsu tertentu.. semua mahukan kemenangan dalam peperangan..
tiada sesiapa mahu beralah untuk mendapatkan sesuatu kerana lumrah manusia yang tidak mahu berkongsi.. dan termasuk juga aku.. ada satu perasaan yang tidak gembira walaupun dari zahirnya aku tersenyum dan ketawa.. dan jika di berikan peluang untuk memiliki aku takkan beri orang merasa bersama, dan jika benda itu hilang aku cukup sedih dan mengharapkan benda itu kembali..
bila sudah di takdirkan akan menjadi begitu, itu semua ketentuan Allah... Allah merancang perjalanan kita dari mula hingga akhir dengan sempurna...sesungguhnya setiap yang berlaku ada maksud tersirat.. dan dengan kemampuan akal kita, carilah jawapannya... mungkin kita kehilangan sesaorang tapi realitinya ramai lagi menyokong di belakang kita..
orang biasa seperti aku tidak mampu mengubah dan mencorak kehidupan orang lain, tetapi masih tertanam niat yang aku mengharapkan senyuman dan kegembiraan dari semua orang.. dan aku percaya orang di sekeliling aku banyak mencorakkan kehidupan aku. dan aku bersyukur aku berada di kelompok orang-orang yang baik..
-telanlah kepahitan umpama madu, biar manis walaupun pahit-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan