best hidup berjiran, saling bantu membantu antara satu sama lain, dah namapun berjiran, tapi x semestinya kena hidup berjiran jek, hidup berkawanpun kena tolong menolong... hahahah di johor rewang adalah hari yang penat sebelum majlis makan memakan, persediaan akhir di lakukan untuk menjadikan majlis akhir itu berjalan dengan lancar, cukup makannye, minumnye, saguhati untuk jemputan yang datangnya.. dan untuk semua dari segi hal... awal pagi lg da dikejutkan untuk memarut kelapa, memotong ayam, ptong nenas, masak air, air gula, rebus telur, yang perempuannya di dalam packing kerepek ke, masak untuk makan tengahari, yang mak andamnye sebuk seting tempat, hias sana sini, pendek kata tiada ruang kosong dalam ruang rumah itu sendiri. kanak-kanak kecil sebok berlari kejar mengejar bersama kumpulannya.. saudara mara sebuk berbincang ntah ape topiknya.. bagaikan hari raya apabila berkumpul di satu tempat dengan membincangkan pelbagai perkara melalui pelbagai pihak.. tapi dalam bentuk yang lebih megah..
segala kudrat dan keringat di curahkan dalam melancarkan majlis sebegitu. bukanlah untuk menjadikan majlis itu seperti artis2 terkenal, tapi untuk memberikan keselesaan kepada jemputan yang datang. kesibukkan merewang belarutan sampai ke malam, dengan memotong bawang, serai, lobak dan bermacam-macam lagi... waktu malam juga bagi sesetengah tuan rumah akan mengupah beberapa persembahan seperti alunan kompang, tarian tradisi kuda kepang, tarian lilin dan beberapa lagi... masih ada semangat muhibah dalam dunia yang kemodenan ini...
selesai majlis kadang kadang tuan rumah akan mengadakan hiburan seperti kugiran suka2.. belia2 kampung berkumpul beramai2 untuk menyaksikan kumpulan yang mengadakan persembahan..
munkin banyak lagi cerita di sebalik rewang ini... setiap tempat ada suasana yang berbeza2, tapi rewang tetap terbaik dalam mencantumkan semangat antara belia dan warga tua...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan