Cari Blog Ini

Isnin, 3 Oktober 2011

hati kecil semangat besar

terbaca artikel dalam akhbar mengenai makanan tidak berpolitik-semua bangsa makan apa yang di hidang- yup memang betul dan memang tidak dinafikan. lihat sajalah warung2, restoran2 terkenal, mahupun di mamak2, pelbagai hidangan disediakan. dan hidangan yang disediakan bukan lah mengikut status bangsa yang menjual dan bukanlah juga mengikut bangsa yang membeli. hidangan yang di sediakan. tidak asing lagi bagi kita mendengar ah chong meminta nasi lemak, ramlee meminta chapati dan raju meminta sup cina.. di singapura juga kaum china sedang merapatkan jurang perbezaan diantara mereka dan kaum india dengan mengadakan menu kari pada hari ahad. sebagai seorang rakyat malaysia, gembira rasanya jika kita dapat hidup dalam satu bangsa. bercerita mengenai perihal anak bersama, mengupas isu negara bersama. proses mengembling tenaga dalam menyatu padukan penduduk mudah di capai. ini bukanlah dongengan, dan bukanlah sekadar omongan, pelbagai insentif kerajaan dalam mewujudkan bangsa malaysia seperti yang di titik beratkan oleh PM kita. kejayaan ini hanya dapat dicapai menerusi pembuangan ego sesama bangsa, hidup secara kerjasama, dan yang paling penting cara kita mendifinasikan malaysia kepada anak-anak kita. cukuplah kita dengar keretakan negara thailand, libya dan mesir. bersyukurlah nikmat yang kita terima sekarang ini. bukanlah aku terlalu obses dengan kerajaan, dan bukannya aku pejuang pembangkang. aku hanyalah rakyat Malaysia yang kecil yang gembira hidup di negara ini. dan aku juga rakyat malaysia yang kecil yang akan menanamkan janji taat setia kepada negaranya. semoga kita dapat menjaganya bersama. salam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan